MUAR: Nazri Abdul Rahman daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan mengundi.
Beliau berkata perkara itu akan menjadi antara tugas pertamanya selepas dipilih sebagai wakil rakyat memandangkan ketika Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram yang berakhir semalam, tidak ramai anak muda dilihat keluar mengundi.
Beliau berkata beberapa program dirancang untuk anak muda kawasan berkenaan seperti acara sukan dan rekreasi melibatkan pelbagai kaum, yang akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di situ.
"Kita di sini (DUN Simpang Jeram) juga akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melaksanakan program yang sesuai terutamanya bagi mereka yang pertama kali mengundi iaitu pengundi 18 tahun.
"Pemahaman kepada golongan muda ini untuk mengundi dan memilih pemimpin yang mampu bekerja untuk mereka adalah satu perkara yang penting," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Sakeh dan Batu 3 Bakri, dekat sini, hari ini.
Seorang pengundi di Simpang Jeram, Mohd Khuzai Supar, 54, berkata beliau mengharapkan Nazri mampu menggalas amanah dengan penuh dedikasi.
"Jalankan setiap yang telah dijanjikan pada kempen lepas agar rakyat di kawasan Simpang Jeram ini mampu menarik nafas lega setelah pemimpin yang mereka pilih adalah yang tepat selain mengotakan apa yang diperkatakan," katanya.
Bagi peniaga, Lim Pei Heng, 42, beliau mahu wakil rakyat yang baharu mengambil perhatian terhadap setiap permasalahan rakyat terutama membabitkan banjir kilat dan kesesakan lalu lintas di pekan Bakri ketika waktu puncak serta cuti umum.
Seorang guru, V. Nagamoorthy, 56, berharap Nazri mampu meneruskan aktiviti turun padang sebagaimana Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang melaksanakan program bersama pelbagai kaum.
Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti undi 3,514 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas S. Jegananthan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Nazri Abdul Rahman menyantuni penduduk setempat ketika sarapan pagi di sekitar Jalan Sakeh Sungai Abong pagi ini. - Foto Bernama
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu